Definisi Kata
Majmuk
KATA MAJMUK
I. Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai
satu unit dan dieja terpisah.
II.Ada tiga kelompok kata majmuk.
A.Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya:
gambar
rajah alat
tulis
biru
laut bandar raya
air
hujan tengah hari
jalan
raya meja tulis
nasi
minyak jam
tangan
terima
kasih bom tangan
luar
biasa kapal terbang
merah
muda kuning langsat
Di dalam
kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran.
Contohnya :
Perdana
Menteri Ketua Menteri
Penolong
Pendaftar Naib Canselor
Raja
Muda Profesor Madya
Setiausaha
Politik Duta Besar
Timbalan
Ketua Pustakawan
Ketua
Setiausaha Negara
b.Kata majmuk yang berbentuk
istilah khusus .
Contohnya:
model linear
hak milik
garis pusat mata
pelajaran
telefon dail terus pita suara
lesung sendi darah panas
kanta tangan
kertas kerja
segi tiga batu
kapur
cari gali
atur cara
lut sinar
urus setia
c.Kata majmuk yang mendukung
maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:
kaki ayam
anak emas
buah hati
bulan madu
duit kopi
manis mulut
makan angin
tumbuk rusuk
pilih kasih
berat tangan
Bentuk kata majmuk yang telah
mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk
yang penggunaannya sudah diangap mantap sebagai satu perkatan yang utuh.
Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata
tersebut adalah:
antarabangsa beritahu
kakitangan kerjasama
setiausaha sukarela olahraga matahari
suruhanjaya
jawatankuasa tandatangan
tanggungjawab
warganegara pesuruhjaya
Penggandaan kata majmuk
Melibatkan penggandaan unsur pertama
sahaja.
Contoh: alat-alatulis, suku-sukukata,garis-garispusat
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah
mantap, penggandaanya melibatkan keseluruhan unsur
Contoh: pesuruhjaya-pesuruhjaya,
setiausaha- setiausaha
Pengimbuhan kata majmuk
Kata
majmuk boleh menerima imbuhan untuk
menghasilkan
kata terbitan.
Terdapat
dua bentuk:
Apabila
kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja,
ejaannya tetap terpisah.
contoh:
campur aduk ----- bercampur aduk
ambil alih ----- mengambil alih
daya serap ----- daya serapan
ii.
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi
bercantum.
Contoh:
campur
aduk ---- mencampuradukkan
daya serap ---- kedayaserapan
garis pusat ---- menggarispusatkan
urus niaga ---- diurusniagakan
satu padu
---- menyatupadukan