Friday, 16 November 2012

Kata Majmuk


Definisi Kata Majmuk


KATA MAJMUK
I. Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.

II.Ada tiga kelompok kata majmuk.

A.Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya:
gambar rajah      alat tulis
biru laut         bandar raya
air hujan        tengah hari
jalan raya        meja tulis
nasi minyak       jam tangan
terima kasih      bom tangan
luar biasa        kapal terbang
merah muda      kuning langsat

Di dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya :
Perdana Menteri      Ketua Menteri
Penolong Pendaftar    Naib Canselor
Raja Muda        Profesor Madya
Setiausaha Politik     Duta Besar
Timbalan Ketua     Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara

b.Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus .

Contohnya:
model linear      hak milik
garis pusat      mata pelajaran
telefon dail terus    pita suara
lesung sendi      darah panas
kanta tangan     kertas kerja
segi tiga       batu kapur
cari gali        atur cara
lut sinar       urus setia

c.Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:
kaki ayam     anak emas
buah hati     bulan madu
duit kopi     manis mulut
makan angin    tumbuk rusuk
pilih kasih     berat tangan

Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah diangap mantap sebagai satu perkatan yang utuh.
Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut adalah:
 antarabangsa  beritahu   kakitangan   kerjasama
 setiausaha    sukarela   olahraga   matahari
 suruhanjaya    jawatankuasa     tandatangan
 tanggungjawab   warganegara    pesuruhjaya

Penggandaan kata majmuk
Melibatkan penggandaan unsur pertama
sahaja.
Contoh: alat-alatulis, suku-sukukata,garis-garispusat
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaanya melibatkan keseluruhan unsur

Contoh: pesuruhjaya-pesuruhjaya,
setiausaha- setiausaha

Pengimbuhan kata majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan.

Terdapat dua bentuk:

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
contoh:
 campur aduk ----- bercampur aduk
 ambil alih ----- mengambil alih
 daya serap ----- daya serapan

ii. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Contoh:
 campur aduk ---- mencampuradukkan
 daya serap ---- kedayaserapan
 garis pusat ---- menggarispusatkan
 urus niaga ---- diurusniagakan
 satu padu ---- menyatupadukan

Tuesday, 6 November 2012

Kata Hubung


Kata hubung (bahasa Melayu)

Tatabahasa
bahasa Melayu
Morfologi
Jenis ayat
  1. Ayat penyata
  2. Ayat perintah
  3. Ayat tanya
  4. Ayat seru
Sintaksis
Golongan kata
Pembentukan kata
Lain-lain

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
  • perkataan dengan perkataan;
  • rangkai kata dengan rangkai kata; dan
  • ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan
  3. Kata hubung pasangan.

Kata hubung gabungan 

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Contoh ayat:
  • Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
  • Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
  • Dia mengelak, lantas menikam.

Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubungyang.
Contoh ayat:
  • Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
  • Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
  • Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
  • Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
  • Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
  • Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
  • Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
  • Saya berkawan dengannya semenjak kecil

Kata hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Contoh ayat:
  • Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
  • Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Dedikasi Guru


Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan,




Sunday, 21 October 2012

JENIS-JENIS AYAT



*   Jenis-jenis ayat bahasa Malaysia

Dengan jenis ayat di sini  dimaksudkan ayat-ayat yang ditinjau jenisnya  menurut bentuk-bentuk yang bawakannya.Dengan berlandaskan kepada bentuk atau struktur yang dibawakannya,ayat-ayat bahsa Malaysia boleh terbahagi kepada tiga jenis utama.Ketiga-tiga jenis itu adalah seperti yang berikut:
a)     Ayat  selapis atau ayat mudah
b)     Ayat berlapis
c)     Ayat berkait

*     Ayat selapis
Ayat selapis atau ayat mudah adalah ayat yang terbentuk dengan satu subjek atau satu predikat.Ayat  selapis boleh dibahagi lagi jenisnya kepada jenis-jenis yang berikut:
a)     Ayat setimpal(ekuatif)
b)     Ayat aktif
c)     Ayat pasif
*     Ayat setimpal

Ayat setimpal adalah ayat yang terbina dengan  subjek   nama dan peredikat  yang boleh diisi oleh nama,sifat,rangkai kata depan dan kopula  ada  atau ada  yang diikuti dengan satu pencukup. Contoh-contoh ayat selapis adalah:
a)      Berkelah adalah kegemaran isteri guru besarku.
b)      Kambing-kambing itu kambing biri-biri dari Australia.
c)       Gadis yang hodoh itu orang bandar rupanya.
d)      Seorang seniman orang yang ideal dengan tafsiran tentang keindahan alam semula jadi.
e)       Ahli keluarga kami selalu ada di rumah bila-bila masa sahaja.
f)       Nenek budak itu ada wang yang banyak bersamanya.
g)       Benda-benda orang perlarian itu di dalam khemah semuanya

*     Ayat aktif
1.      Ayat  aktif bahasa Malaysia terbahagi kepada dua jenis pula iaitu:
a)      Ayat aktif transitif
b)      Ayat aktif tak-transitif

*     Ayat aktif transitif
Ayat aktif transitif adalah ayat yang mengandungi kata kerja transitif,iaitu kta kerja yang memerlukan penyambut dalam rangkai kata perdikatnya. Contoh-contoh ayat jenis adalah seperti yang berikut:
a)      Ahli parlimen sebuah parti pembangkang telah membidas kenyatan Perdana Menteri semalam.
b)      Bidasannya itu tidak menguntungkan negara sama sekali.
c)       Seorang pun tidak berani mempertahankan kebenaran maksud tafsiran ulama Kedah itu.
d)      Seekor ibu kambing sedang menyusui anaknya.
e)       Merokok boleh membahayakan kesihatan manusia.

*     Ayat aktif tak transitif
Ayat aktif tak transitif adalah ayat yang predikatnya memepunyai kata kerja yang tidak mengambil sebarang penyambut  sesudahnya. Contoh-contoh ayat jenis ini adalah seperti berikut:
1.      Seekor anak kerbau sedang berdiri di tengah-tengah sawah di sana.
2.      Dua orang perempuan sedang bercakaran dekat bangunan itu.
3.      Orang itu  tidak perlu bercukur tiap-tiap hari.Janggutnya berselerak di seluruh mukanya.
4.      Orang jujur meninggal dunia dengan senangnya.
5.      Kita mesti selalu berhubung dengan orang yang mahir dalam bidang yang sama.
6.       
*     Ayat Pasif
v Ayat pasif adalah ayat yang mempunyai kata kerja pasif dalam rangkai kata predikatnya sama ada dinyatakan oleh penyambut pelakunya ataupun tidak. Ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif.Contoh-contoh ayat pasif adalah seperti berikiut:

1.      Bayang-bayangnya pun tidak kelihatan sampai hari ini.
2.      Surat rahsia itu telah dibaca oleh Ali.
3.      Tikus-tikus habis ditangkap kucing.
4.      Buah itu dibelinya dua biji.
5.      Baju ayah belum berjahit lagi.
6.      Kami kehujanan semalam.
7.      Budak-budak itu kena pukul oleh emaknya.
8.      Kami diberi oleh ayah seringgit tiap-tiap seorang hari ini.
9.      Ali diberi duit oleh cikgunya.
10.  Buku ilmu hisab dibelikan untuk Seman oleh kakaknya.