
Dengan jenis ayat di
sini dimaksudkan ayat-ayat yang ditinjau
jenisnya menurut bentuk-bentuk yang
bawakannya.Dengan berlandaskan kepada bentuk atau struktur yang
dibawakannya,ayat-ayat bahsa Malaysia boleh terbahagi kepada tiga jenis utama.Ketiga-tiga
jenis itu adalah seperti yang berikut:
a) Ayat selapis atau ayat mudah
b)
Ayat berlapis
c)
Ayat berkait

Ayat selapis atau ayat
mudah adalah ayat yang terbentuk dengan satu subjek atau satu predikat.Ayat selapis boleh dibahagi lagi jenisnya kepada
jenis-jenis yang berikut:
a)
Ayat setimpal(ekuatif)
b)
Ayat aktif
c)
Ayat pasif

Ayat setimpal adalah
ayat yang terbina dengan subjek nama dan peredikat yang boleh diisi oleh
nama,sifat,rangkai kata depan dan kopula
ada atau
ada yang
diikuti dengan satu pencukup. Contoh-contoh ayat selapis adalah:
a)
Berkelah adalah kegemaran isteri guru
besarku.
b)
Kambing-kambing itu kambing biri-biri
dari Australia.
c)
Gadis yang hodoh itu orang bandar
rupanya.
d)
Seorang seniman orang yang ideal dengan tafsiran
tentang keindahan alam semula jadi.
e)
Ahli keluarga kami selalu ada di rumah
bila-bila masa sahaja.
f)
Nenek budak itu ada wang yang banyak
bersamanya.
g)
Benda-benda orang perlarian itu di dalam
khemah semuanya

1.
Ayat
aktif bahasa Malaysia terbahagi kepada dua jenis pula iaitu:
a)
Ayat aktif transitif
b)
Ayat aktif tak-transitif

Ayat aktif transitif adalah ayat
yang mengandungi kata kerja transitif,iaitu kta kerja yang memerlukan penyambut
dalam rangkai kata perdikatnya. Contoh-contoh ayat jenis adalah seperti yang
berikut:
a)
Ahli parlimen sebuah parti pembangkang
telah membidas kenyatan Perdana Menteri semalam.
b)
Bidasannya itu tidak menguntungkan
negara sama sekali.
c)
Seorang pun tidak berani mempertahankan
kebenaran maksud tafsiran ulama Kedah itu.
d)
Seekor ibu kambing sedang menyusui
anaknya.
e)
Merokok boleh membahayakan kesihatan
manusia.

Ayat aktif tak transitif adalah
ayat yang predikatnya memepunyai kata kerja yang tidak mengambil sebarang
penyambut sesudahnya. Contoh-contoh ayat
jenis ini adalah seperti berikut:
1.
Seekor anak kerbau sedang berdiri di
tengah-tengah sawah di sana.
2.
Dua orang perempuan sedang bercakaran
dekat bangunan itu.
3.
Orang itu tidak perlu bercukur tiap-tiap
hari.Janggutnya berselerak di seluruh mukanya.
4.
Orang jujur meninggal dunia dengan
senangnya.
5.
Kita mesti selalu berhubung dengan orang
yang mahir dalam bidang yang sama.
6.

v Ayat
pasif adalah ayat yang mempunyai kata kerja pasif dalam rangkai kata
predikatnya sama ada dinyatakan oleh penyambut pelakunya ataupun tidak. Ayat
pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif
transitif.Contoh-contoh ayat pasif adalah seperti berikiut:
1.
Bayang-bayangnya pun tidak kelihatan
sampai hari ini.
2.
Surat rahsia itu telah dibaca oleh Ali.
3.
Tikus-tikus habis ditangkap kucing.
4.
Buah itu dibelinya dua biji.
5.
Baju ayah belum berjahit lagi.
6.
Kami kehujanan semalam.
7.
Budak-budak itu kena pukul oleh emaknya.
8.
Kami diberi oleh ayah seringgit
tiap-tiap seorang hari ini.
9.
Ali diberi duit oleh cikgunya.
10. Buku
ilmu hisab dibelikan untuk Seman oleh kakaknya.
No comments:
Post a Comment