Sunday, 21 October 2012

JENIS-JENIS AYAT



*   Jenis-jenis ayat bahasa Malaysia

Dengan jenis ayat di sini  dimaksudkan ayat-ayat yang ditinjau jenisnya  menurut bentuk-bentuk yang bawakannya.Dengan berlandaskan kepada bentuk atau struktur yang dibawakannya,ayat-ayat bahsa Malaysia boleh terbahagi kepada tiga jenis utama.Ketiga-tiga jenis itu adalah seperti yang berikut:
a)     Ayat  selapis atau ayat mudah
b)     Ayat berlapis
c)     Ayat berkait

*     Ayat selapis
Ayat selapis atau ayat mudah adalah ayat yang terbentuk dengan satu subjek atau satu predikat.Ayat  selapis boleh dibahagi lagi jenisnya kepada jenis-jenis yang berikut:
a)     Ayat setimpal(ekuatif)
b)     Ayat aktif
c)     Ayat pasif
*     Ayat setimpal

Ayat setimpal adalah ayat yang terbina dengan  subjek   nama dan peredikat  yang boleh diisi oleh nama,sifat,rangkai kata depan dan kopula  ada  atau ada  yang diikuti dengan satu pencukup. Contoh-contoh ayat selapis adalah:
a)      Berkelah adalah kegemaran isteri guru besarku.
b)      Kambing-kambing itu kambing biri-biri dari Australia.
c)       Gadis yang hodoh itu orang bandar rupanya.
d)      Seorang seniman orang yang ideal dengan tafsiran tentang keindahan alam semula jadi.
e)       Ahli keluarga kami selalu ada di rumah bila-bila masa sahaja.
f)       Nenek budak itu ada wang yang banyak bersamanya.
g)       Benda-benda orang perlarian itu di dalam khemah semuanya

*     Ayat aktif
1.      Ayat  aktif bahasa Malaysia terbahagi kepada dua jenis pula iaitu:
a)      Ayat aktif transitif
b)      Ayat aktif tak-transitif

*     Ayat aktif transitif
Ayat aktif transitif adalah ayat yang mengandungi kata kerja transitif,iaitu kta kerja yang memerlukan penyambut dalam rangkai kata perdikatnya. Contoh-contoh ayat jenis adalah seperti yang berikut:
a)      Ahli parlimen sebuah parti pembangkang telah membidas kenyatan Perdana Menteri semalam.
b)      Bidasannya itu tidak menguntungkan negara sama sekali.
c)       Seorang pun tidak berani mempertahankan kebenaran maksud tafsiran ulama Kedah itu.
d)      Seekor ibu kambing sedang menyusui anaknya.
e)       Merokok boleh membahayakan kesihatan manusia.

*     Ayat aktif tak transitif
Ayat aktif tak transitif adalah ayat yang predikatnya memepunyai kata kerja yang tidak mengambil sebarang penyambut  sesudahnya. Contoh-contoh ayat jenis ini adalah seperti berikut:
1.      Seekor anak kerbau sedang berdiri di tengah-tengah sawah di sana.
2.      Dua orang perempuan sedang bercakaran dekat bangunan itu.
3.      Orang itu  tidak perlu bercukur tiap-tiap hari.Janggutnya berselerak di seluruh mukanya.
4.      Orang jujur meninggal dunia dengan senangnya.
5.      Kita mesti selalu berhubung dengan orang yang mahir dalam bidang yang sama.
6.       
*     Ayat Pasif
v Ayat pasif adalah ayat yang mempunyai kata kerja pasif dalam rangkai kata predikatnya sama ada dinyatakan oleh penyambut pelakunya ataupun tidak. Ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif.Contoh-contoh ayat pasif adalah seperti berikiut:

1.      Bayang-bayangnya pun tidak kelihatan sampai hari ini.
2.      Surat rahsia itu telah dibaca oleh Ali.
3.      Tikus-tikus habis ditangkap kucing.
4.      Buah itu dibelinya dua biji.
5.      Baju ayah belum berjahit lagi.
6.      Kami kehujanan semalam.
7.      Budak-budak itu kena pukul oleh emaknya.
8.      Kami diberi oleh ayah seringgit tiap-tiap seorang hari ini.
9.      Ali diberi duit oleh cikgunya.
10.  Buku ilmu hisab dibelikan untuk Seman oleh kakaknya.




Saturday, 20 October 2012

Tatabahasa


*     Pembentukan perkataan

Ø  Kalau kita meneliti bentuk-bentuk perkataan yang terdapat dalam bahasa Malaysia, kita akan memperoleh suatu kesimpulan tentang cara perkataan-perkataan Bahasa Malaysia itu boleh terbentuk.Pada umumnya,yakni setelah diteliti bentuk perkataan bahasa Malaysia itu sebanyak-banyaknya ,perkataan-perkataan Bahasa Malaysia adalah dibentuk dengan salah satu daripada cara-cara yang berikut:

a)     Pengimbuhan
b)     Penggandaan
c)     Persenyawaan

Seyogia diingatkan bahawa ada perkataan-perkataan bahasa Malaysia yang dengan sendirinya terbentuk oleh kata-kata dasar sahaja seperti perkataan-perkataan buku ,rumah ,tinggi ,rendah ,malu ,makan ,mati  dan sebagainya. Perkataan-perkataan ini,jika digunakan tanpa  sebarang bentuk lain yang menyertainya,pada umumnya dianggap sebagai perkataan mudah atau perkataan selapis.Perkataan –perkataan seperti ini tidak mengalami sebarang pembentukan pun,malahan pemakaiannya di dalam ayat-ayat pun tidak mengelirukan.

*     Pengimbuhan

Ø  Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Suatu dasar pula adalah bentuk yang dilekatkan kepada imbuhan atau penambah.Suatu dasar mungkin berupa satu akar yang bebas atau terikat,atau satu bentuk kompleks bentuk gandaan mahupun bentuk majmuk,
Misalnya:
 
1.Makanan                                   (dasarnya akar bebas)
2.Bernyala                                    (dasarnya akar terikat)
3.Kelelakian                                   (dasarnya kata ganda)
4.Penitikberatan                             (dasarnya bentuk majmuk)
5.Mempermainkan                           (dasarnya bentuk kompleks)

Perkataan-perkataan yang telah mengalami pengimbuhan ini dipanggil kata kompleks atau perkataan terbitan.Imbuhan-imbuhan yang menerbitkan perkataan-perkataan terbitan ini dikenal dengan istilah ‘imbuhan  terbitan’ bahasa Malaysia. Imbuhan terbitan ini dalam kaitannya pembetukan perkataan-perkataan bahasa Malaysia boleh ditinjau secara ringkas dari dua sudut seperti yang berikut:

a)     Bentuknya,dan
b)     Fungsinya

*     Bentuk-bentuk imbuhan Bahasa Malaysia

Ø  Imbuhan bahasa Malaysia boleh  berupa salah satu daripada bentuk-bentuk yang berikut.

a)     Awalan
b)     Akhiran
c)     Imbuhan terbagi


ü  Awalan

Awalan adalah imbuhan yang ditambahkan pada awal perkataan.Awalan bahasa Malaysia adalah me-,ber-,ter-,pe-,ke-,se-  dan awalan pasif di- .

ü  Akhiran

Akhiran  adalah imbuhan yang dilekatkan pada akhir perkataan .Akhiran-akhiran bahasa Malaysia ialah –kan,-i dan –an.

ü  Imbuhan terbahagi

Imbuhan terbahagi adalah imbuhan yang terpisah oleh kata dasar sesuatu perkataan.Imbuhan-imbuhan terbahagi bahasa Malaysia ialah me-…-kan,me-…-I,per-…-kan,memper-…-I,ber-…-kan,ber-…-an,pe-…-kan,per-…-an,ke-…-an,di-…-kan dan di-…-i.