
Ø
Kalau
kita meneliti bentuk-bentuk perkataan yang terdapat dalam bahasa Malaysia, kita
akan memperoleh suatu kesimpulan tentang cara perkataan-perkataan Bahasa
Malaysia itu boleh terbentuk.Pada umumnya,yakni setelah diteliti bentuk
perkataan bahasa Malaysia itu sebanyak-banyaknya ,perkataan-perkataan Bahasa
Malaysia adalah dibentuk dengan salah satu daripada cara-cara yang berikut:
a) Pengimbuhan
b) Penggandaan
c) Persenyawaan
Seyogia
diingatkan bahawa ada perkataan-perkataan bahasa Malaysia yang dengan
sendirinya terbentuk oleh kata-kata dasar sahaja seperti perkataan-perkataan buku ,rumah ,tinggi ,rendah ,malu
,makan ,mati dan sebagainya. Perkataan-perkataan
ini,jika digunakan tanpa sebarang bentuk
lain yang menyertainya,pada umumnya dianggap sebagai perkataan
mudah atau perkataan selapis.Perkataan
–perkataan seperti ini tidak mengalami sebarang pembentukan pun,malahan
pemakaiannya di dalam ayat-ayat pun tidak mengelirukan.

Ø Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu dasar
diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Suatu dasar pula adalah
bentuk yang dilekatkan kepada imbuhan atau penambah.Suatu dasar mungkin berupa
satu akar yang bebas atau terikat,atau satu bentuk kompleks bentuk gandaan
mahupun bentuk majmuk,
Misalnya:
1.Makanan (dasarnya akar bebas)
2.Bernyala (dasarnya akar
terikat)
3.Kelelakian (dasarnya kata ganda)
4.Penitikberatan (dasarnya bentuk
majmuk)
5.Mempermainkan (dasarnya bentuk
kompleks)
Perkataan-perkataan yang
telah mengalami pengimbuhan ini dipanggil kata kompleks atau perkataan
terbitan.Imbuhan-imbuhan yang menerbitkan perkataan-perkataan terbitan ini
dikenal dengan istilah ‘imbuhan terbitan’
bahasa Malaysia. Imbuhan terbitan ini dalam kaitannya pembetukan
perkataan-perkataan bahasa Malaysia boleh ditinjau secara ringkas dari dua
sudut seperti yang berikut:
a) Bentuknya,dan
b) Fungsinya

Ø Imbuhan bahasa Malaysia boleh berupa salah satu daripada bentuk-bentuk yang
berikut.
a) Awalan
b) Akhiran
c) Imbuhan terbagi
ü Awalan
Awalan adalah imbuhan
yang ditambahkan pada awal perkataan.Awalan bahasa Malaysia adalah me-,ber-,ter-,pe-,ke-,se- dan
awalan pasif di- .
ü Akhiran
Akhiran adalah imbuhan yang dilekatkan pada akhir
perkataan .Akhiran-akhiran bahasa Malaysia ialah –kan,-i dan –an.
ü Imbuhan
terbahagi
Imbuhan terbahagi adalah
imbuhan yang terpisah oleh kata dasar sesuatu perkataan.Imbuhan-imbuhan
terbahagi bahasa Malaysia ialah me-…-kan,me-…-I,per-…-kan,memper-…-I,ber-…-kan,ber-…-an,pe-…-kan,per-…-an,ke-…-an,di-…-kan
dan di-…-i.
No comments:
Post a Comment